
- About Jamu Jelita -

Pengenalam
JAMU JELITA merupakan jenama induk dan salah satu peneraju utama di syarikat Herba Timur Sdn Bhd . Dikelola dan diteraju secara professional dan berpandu sepenuhnya pada produk dengan memberi penekanan yang sama terhadap R&D, Penyelidikan dan Pembangunan serta Jualan dan Pemasaran. Menyenaraikan produk lebih dari 51 jenis produk di bawah 6 kategori berikut dengan produk penjagaan kulit, produk penjagaan rambut, jus kesihatan, kosmetik, pelangsingan dan lain-lain.
Memiliki kumpulan penyelidik yang kuat dan kreatif, sentiasa berdedikasi untuk mencipta produk makanan baru, inovatif dan mempunyai kumpulan grafik yang sentiasa proaktif dalam membantu pemasaran produk melalui pengiklanan, pelabelan dan pembungkusan.
Syarikat Herba Timur Sdn Bhd telah berkembang dengan pesat, daripada 15 kakitangan sehingga ke kedudukan saat ini yang mana mempunyai lebih 150 anggota dan mensasarkan jualan tahunan sebanyak 20juta dapat dikaitkan dengan kejayaan syarikat yang telah berjaya memperkenalkan pelbagai produk baru sepanjang 4 tahun.
JAMU JELITA telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan di atas komitmen yang telah diberikan untuk memastikan kualiti produk yang dikeluarkan. Bahkan, produk Jamu Jelita adalah antara jenama terawal yang menerima pengiktirafan di peringkat Asia Pasifik sebagai Super Health Brand.
Peneraju
Pengasas dan pemilik Jamu Jelita membangunkan syarikat dan menerajui penubuhannya pada 2012. Juga merupakan antara perintis utama syarikat Herba Timur Sdn Bhd.
Produk-produk Jamu Jelita dihasilkan di sebuah kilang kecil bertempat di Seremban 2. Semenjak itu, usaha kami telah berkembang dengan pesat. Dan telah berpindah ke kilang-kilang yang lebih besar. Di atas permintaan pelanggan yang kian bertambah, syarikat berpindah ke premis kilang dan pejabat milik persendirian yang terletak di Seremban 2 bagi menampung keperluan pasaran, pelanggan serta merangkumi pusat pengeluaran, gudang, bangunan pejabat dan kemudahan pentadbiran yang lain.
